Sila log masuk terlebih dahulu.

Guna data JPJ beri subsidi petrol RON95

25 Disember 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 25 DISEMBER 2022

Pangkalan data daripada JPJ dikenal pasti sebagai salah satu elemen dalam pemberian subsidi petrol RON95 secara bersasar, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, perkara tersebut merupakan hasil mesyuarat yang diperincikan antara kementeriannya bersama MOF dan Kementerian Ekonomi pada Jumaat.

Jelasnya, pangkalan data JPJ akan digunakan untuk subsidi petrol RON95 kerana kerajaan boleh mengenal pasti kuasa kuda kereta.

Artikel: https://bit.ly/3FS1q9K

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa