Aston Villa dapat kebenaran besar stadium

Stadium Villa Park.
Stadium Villa Park.
A
A
A

ASTON Villa telah diberikan kebenaran merancang untuk pembangunan semula dan pembesaran venue Villa Park, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Projek itu Majlis Bandaraya Birmingham, akan menyaksikan kapasiti stadium meningkat kepada 50,000 daripada had semasa 42,000 dengan north stand serba baharu.

Villa Park berada dalam senarai pendek untuk tawaran UK dan Ireland untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Eropah 2028.

“Ini adalah berita baik pertama sekali untuk peminat kami kebanyakannya berada dalam senarai menunggu untuk tiket musim; kedua untuk kelab itu sendiri kerana strategi kompetitif jangka panjang kami bergantung pada pertumbuhan yang berterusan.

“Akhirnya untuk bandar dan wilayah kami dengan prospek Villa Park yang dibangunkan semula memacu penjanaan semula ekonomi dalam komuniti tempatan kami dan membawa kembali bola sepak antarabangsa ke Birmingham,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Villa, Christian Purslow.

Artikel Berkaitan: