Sila log masuk terlebih dahulu.

[SINAR LIVE] Banjir: Kenapa macam tak bersedia?

23 Disember 2022 | Sinar Live Video
A
A
A
Saban tahun Malaysia berdepan dengan situasi banjir di beberapa buah negeri khususnya di Pantai Timur.

Biarpun ramalan dan jangkaan sering dikongsikan Jabatan Meteorologi, bencana alam ini sering 'memakan' puluhan ribu mangsa yang mengakibatkan kerosakan tempat berteduh, harta benda bahkan hingga meragut nyawa.

Sejauh mana kesiapsiagaan kerajaan dan agensi berkaitan dalam menangani isu yang seakan menjadi acara tahunan di negara ini?

Kupasannya jam 6 petang ini bersama Pakar hidrologi & banjir UMT, Prof Madya Dr Edlic Sathiamurthy dan salah seorang mangsa banjir di Terengganu, Muhammad Syazli Sulaiman dalam Sinar Live di semua platform digital Sinar Harian.

Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=M-wkZ0SzbiU

Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/824496611954735

Portal: www.sinarharian.com.my

Twitter: https://twitter.com/i/broadcasts/1vOxwMPndyqGB

TikTok: https://www.tiktok.com/@sinarharianonline/live

#SinarLive

#MalaysiaBerintegriti

#PerkasakanSuaraMalaysia