Lebih 250,000 isi rumah di selatan Thailand terjejas banjir

Keadaan banjir di selatan Thailand. - Foto: Bernama
Keadaan banjir di selatan Thailand. - Foto: Bernama
A
A
A
BANGKOK - Lebih 250,000 isi rumah masih terjejas akibat banjir setakat Khamis meskipun hujan berkurangan di selatan Thailand.

Menurut kenyataan Jabatan Mitigasi dan Pencegahan Bencana (DDPM) terdapat tujuh kematian dilaporkan termasuk empat di Narathiwat.

"Setakat Khamis, sejumlah 250,175 isi rumah di 86 daerah di sembilan wilayah iaitu Surat Thai, Nakhon Si Thammarat, Trang, Phatthalung, Satun, Songkhla, Pattani, Yala dan Narathiwat masih dilanda banjir,” memetik kenyataan itu.

Jabatan Meteorologi Thailand meramalkan hujan berkurangan di selatan Thailand mulai hari ini.

"Monsun timur laut sederhana yang berlaku di Teluk Thailand menyebabkan hujan berkurangan di selatan mulai hari ini dan esok,” menurut jabatan itu.

Sementara itu, State Railway Thailand (SRT) mengumumkan bahawa 16 perkhidmatan kereta api dibatalkan mulai Rabu hingga Sabtu susulan banjir yang melanda wilayah selatan itu.

Sebanyak 10 perkhidmatan kereta api di selatan Thailand mengalami perubahan termasuk perkhidmatan dari Bangkok ke Sungai Kolok .

Berdasarkan kenyataan SRT di Facebook, paras air sudah surut, namun kerja-kerja pembaikan landasan akan mengambil masa. - Bernama

Artikel Berkaitan: