Polis Itali hantar buah pinggang guna Lamborghini

Ia digunakan untuk melakukan rondaan di lebuh raya Bologna di bahagian utara selain kegunaan operasi biasa dan penghantaran segera darah serta organ. - Foto: AFP
Ia digunakan untuk melakukan rondaan di lebuh raya Bologna di bahagian utara selain kegunaan operasi biasa dan penghantaran segera darah serta organ. - Foto: AFP
A
A
A

ROM - Polis Itali menggunakan kereta super sport, Lamborghini untuk menghantar dua buah pinggang kepada pesakit yang tinggal sejauh ratusan kilometer.

"Ia adalah penghantaran hadiah Hari Natal paling bermakna iaitu 'peluang untuk hidup'.

"Jutaan terima kasih kepada pasukan polis negeri kerana dua individu dapat menerima buah pinggang yang didermakan kepada mereka," menurut kapsyen

gambar 'kotak hadiah istimewa' itu yang diletakkan di hadapan Lamborghini Huracan tersebut.

Organ tersebut dihantar dari Padua di timur laut Itali ke hospital di Modena dan ibu kota Rom.

Lamborghini Huracan tersebut yang boleh mencapai kelajuan sehingga 300 kilometer sejam (km/j) dan kapasiti daripada 0 km/j kepada 100 km/j dalam tempoh 3.2 saat itu dihadiahkan kepada pasukan polis oleh pembuat kereta sport mewah berkenaan.

Ia digunakan untuk melakukan rondaan di lebuh raya Bologna di bahagian utara selain kegunaan operasi biasa dan penghantaran segera darah serta organ.

Sebuah lagi Huracan digunakan pasukan peronda lebuh raya di Rom manakala Lamborghini Gallardo 2009 yang pernah 'berkhidmat' sebelum ini telah ditempatkan di muzium. - AFP