Sila log masuk terlebih dahulu.

Penternak ikan bimbang arus deras Sungai Kelantan

21 Disember 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 21 DISEMBER 2022

Arus deras sungai ketika musim tengkujuh memberikan risiko kepada penternak ikan sangkar di Batu Lada, Kuala Krai, Kelantan, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.

Rohaimi Yusoff berusia 50 tahun itu berkata, arus deras dari hulu itu mampu menyebabkan ikan peliharaannya jenis patin, baung dan lampam mati terhimpit atau terlepas kerana sangkar koyak.

Lokasi itu menempatkan 29 sangkar yang mengandungi lebih 50,000 ikan antaranya sedia untuk dijual kepada pelanggan sekitar daerah itu seperti peniaga kedai makan.

Artikel: https://bit.ly/3YJl4xw

#BeritaSemasa #SinarHarian