Hanya pelanggan Twitter Blue boleh undi tinjauan pendapat

Logo Twitter di luar bangunan ibu pejabat di San Francisco, California. - Foto AFP
Logo Twitter di luar bangunan ibu pejabat di San Francisco, California. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Pemilik Twitter, Elon Musk berkata, hanya pelanggan Twitter Blue boleh mengundi dalam tinjauan pendapat berkaitan dasar platform media sosial pada masa akan datang, lapor Sputnik

"Idea yang bagus. Twitter akan membuat perubahan," menurut ciapan Musk sebagai tindak balas kepada siaran pengguna yang mengatakan hanya 'Blue subscribers' perlu mengundi dalam tinjauan berkaitan dasar tersebut.

Awal Disember lalu, Twitter melancarkan semula langganan bulanan Twitter Blue kepada semua pengguna akaun platform media itu.

Ciri berbayar itu termasuk tanda semak biru, keupayaan mengedit ciapan, muat naik video berkualiti tinggi dan mod membaca.

Penghujung Oktober lalu, Musk memuktamadkan pengambilalihan Twitter dengan nilai AS$44 billion (RM194 billion), sebuah syarikat Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada 2006 dan ibu pejabat terletak di San Francisso, California.

Sejak pengambilalihan itu, Musk membuat perubahan besar-besaran termasuk memecat eksekutif yang bertanggungjawab ke atas penapisan platform, keselamatan siber, privasi dan turut memberhentikan satu pertiga pekerja di Twitter. - Agensi