Sila log masuk terlebih dahulu.

Pemuda dikecam makan roti cicah air banjir

20 Disember 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BULETIN TIKTOK 20 DISEMBER 2022

Demi meraih perhatian dan pengikut di laman sosial, seorang pemuda sanggup mencicah roti dengan air banjir di Kuala Besut, Terengganu, pada Selasa.

Menerusi video tular yang berdurasi 18 saat itu, individu tersebut dilihat berkelakuan tanpa rasa geli, malah mampu bergelak-tawa tanpa memikirkan risiko terhadap kesihatannya.

Dalam pada itu, video itu juga telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet yang menganggap ia tindakan ‘tidak bijak’ hanya semata-mata untuk mendapatkan bahan kandungan media sosial.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3JOv01i

Muzik: Elevate dari Bensound dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #malaysiaberintegriti