Banjir Thailand: Lebih 51,000 isi rumah terjejas

Pengguna kenderaan melalui jalan dilimpahi air banjir berikutan hujan lebat di Kampung Lampu di wilayah Narathiwat di selatan Thailand pada Isnin. - Foto AFP
Pengguna kenderaan melalui jalan dilimpahi air banjir berikutan hujan lebat di Kampung Lampu di wilayah Narathiwat di selatan Thailand pada Isnin. - Foto AFP
A
A
A

BANGKOK - Hujan lebat dan ribut yang berlarutan memburukkan lagi keadaan banjir di Thailand apabila bilangan isi rumah yang terjejas meningkat kepada lebih 51,000 setakat hari ini.

Jabatan Mitigasi dan Pencegahan Bencana (DDPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, wilayah yang terjejas termasuk Nakhon Si Thammarat, Phatthalung, Yala, Songkhla, Narathiwat, Pattani, Surat Thani, Satun, Trang, Amnat Charoen, Chanthaburi, Prachin Buri dan Chonburi.

"Banjir di Thailand menyaksikan peningkatan mendadak dalam jumlah mangsa menyaksikan 51,543 isi rumah dari 49 daerah terjejas,” menurut jabatan itu.

Pada Ahad, sebanyak 15,696 isi rumah dari 305 kampung yang terletak di 33 daerah turut terjejas akibat banjir.

Wilayah Narathiwat antara yang paling teruk dilanda banjir menyaksikan 29,113 isi rumah terkesan setakat ini.

Sehingga kini, tiga kematian dilaporkan di Narathiwat dan menjejaskan sejumlah 11,616 isi rumah di lapan daerah di Songkhla, menurut jabatan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: