Sila log masuk terlebih dahulu.

Tanam cendawan raih pendapatan lima angka

19 Disember 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 19 DISEMBER 2022

Setelah melalui pelbagai cabaran jatuh bangun perniagaan, seorang wanita dari Baling, Kedah terus bangkit mengusahakan cendawan sehingga berjaya memperolehi pendapatan lima angka sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Nazariah Saad yang memulakan tanaman cendawan sejak 2016 dengan hasil diperolehi sebanyak RM2,000 sebulan, kini telah berjaya memperolehi pendapatan mencecah RM10,000 sebulan.

Peserta Program Memampankan Ekonomi Asas Rakyat Mekar EmpowerNCER ini berkata, teknik pemasaran digital yang diaplikasi menarik lebih ramai individu berminat mengusahakan cendawan termasuklah dari Perak, Pulau Pinang dan daerah lain di Kedah.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian