Polis akan panggil pengurusan sekolah rakam percakapan

Suffian
Suffian
A
A
A

BATANG KALI - Polis akan mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong untuk proses rakam percakapan berkaitan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Hilltop di Father's Organic Farm, Jalan Genting- Batang Kali, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, pihak polis telah menghubungi pihak sekolah berkenan untuk satu pertemuan.

Setakat ini tiga individu telah dipanggil untuk dirakam percakapan, dan selepas ini akan melibatkan pengurusan sekolah yang terlibat.

"Proses ini akan dijangka dalam seminggu dua ini, kita akan maklumkan kemudian berkaitan pertemuan ini," katanya dalam sidang akhbar di lokasi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Jalan Genting, di sini pada Isnin.

Katanya, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan, Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Pada Jumaat, lebih 20 guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong dan ahli keluarga mereka disahkan antara mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Jalan Genting, di sini.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJKC Mun Choong, U Chin Ong berkata, mengikut maklumat diterimanya setakat ini, beberapa guru yang berjaya diselamatkan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

Artikel Berkaitan: