Tragedi Batang Kali: Ops SAR masuk hari keempat

Suasana terkini pada Isnin di lokasi tanah runtuh di di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali.
Suasana terkini pada Isnin di lokasi tanah runtuh di di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali.
A
A
A

BATANG KALI - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) baki sembilan mangsa hilang dalam bencana tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Jalan Genting, di sini masuk hari keempat pada Isnin.

Agensi penyelamat utama terlibat adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Turut terlibat adalah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

Difahamkan, operasi diteruskan pada jam 8 pagi.

Tinjauan Sinar Harian setakat jam 9 pagi, keadaan cuaca sedikit mendung.

Khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) selain penggunaan jentera pengorek (excavator) dan 'Ground Penetrating Radar' (GPR) akan diteruskan bagi mengesan mangsa di dalam tanah.

Petugas penyelamat dilihat mula mengatur kembali gerak dalam usaha mencari baki sembilan mangsa yang masih hilang.

Dalam kejadian pada Jumaat, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu pada jam 2.24 pagi.

Seramai 94 mangsa terlibat dalam tragedi menyayat hati itu.

Artikel Berkaitan:

Daripada jumlah itu, 61 dilaporkan selamat manakala 24 lagi disahkan terkorban dan sembilan masih dicari.