Father's Organic Farm mohon maaf terhadap semua mangsa terlibat

Anggota penyelamat giat mencari mangsa yang hilang dalam insiden tanah runtuh di Father Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali sejak Jumaat. - Foto APM Selangor
Anggota penyelamat giat mencari mangsa yang hilang dalam insiden tanah runtuh di Father Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali sejak Jumaat. - Foto APM Selangor
A
A
A

BATANG KALI - Pihak pengurusan Father's Organic Farm mengucapkan takziah kepada semua waris mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di bawah kawasan seliaanya pada Jumaat lalu.

Father's Organic Farm dalam satu kenyataan di Facebooknya melahirkan rasa dukacita dan simpatinya terhadap semua mangsa dan waris yang terkesan akibat tragedi berkenaan.

"Hati kami bersama anda semua dan semoga roh mereka yang terkorban tenang di sana.

"Kami juga mendoakan mangsa yang terselamat sembuh sepenuhnya dan jaga diri baik-baik," kata kenyataan itu.