Lotus's Malaysia buka cawangan ke-65

Dari kiri: Pengarah Wilayah Utara Lotus's Malaysia, Yew Yoong Sin; Ketua Pegawai Operasi Belleview Group, Lawrence Teh; Ketua Pegawai Operasi Lotus's Malaysia, Sushmita Paul; Kenneth; Pengarah Urusan Belleview Group, Datuk Sonny Ho; Pengurus Besar Stor Lotus's Aman Central, Mohd Syawal Jamil Exman dan Pengarah Peruncitan Lotus's Malaysia, Corine Boudville pada sesi memotong riben majlis pembukaan cawangan baharu Lotus's Malaysia di Aman Central, Alor Setar pada Khamis.

A
A
A

SHAH ALAM - Lotuss Stores Malaysia Sdn Bhd (Lotus's Malaysia) melabuhkan tirai tahun 2022 dengan membuka cawangan baharunya yang ke-65 di kompleks membeli-belah Aman Sentral, Alor Setar pada Khamis.

Presiden Lotus’s Malaysia, Kenneth Chuah berkata, pembukaan cawangan terbaharu itu membawa tema Jiran Baru Anda yang bertujuan untuk terus mengembangkan nilai SMART bagi Keceriaan Setiap Hari kepada komuniti kejiranan di Aman Sentral.

“Corak peruncitan pada masa kini menunjukkan bahawa pengguna lebih suka membeli-belah di kedai yang lebih kecil dan terletak berhampiran dengan rumah mereka.

"Cawangan Lotus’s Malaysia akan lebih memberikan tumpuan kepada penjimatan masa, menawarkan nilai harga yang berpatutan dan penggabungan teknologi seperti kaunter self-check out dan aplikasi Scan & Shop.

“Kami berharap agar dapat mengembangkan nilai SMART dengan membawa keceriaan dan kemudahan kepada pelanggan di Alor Setar dan di lokasi yang lain pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenneth berkata, sempena pembukaan cawangan tersebut, terdapat pelbagai diskaun menarik yang ditawarkan, sampel percuma, baucar ganda-ganda untuk ahli kelab MyLotus’s, pelbagai peraduan dan hadiah turut ditawarkan dan barangan bernilai RM20 dengan perbelanjaan minimum RM50 bermula dari 15 Disember hingga ke 18 Disember.

Pelbagai rangkaian barangan segar di Lotus's Malaysia Aman Central, Alor Setar.
Pelbagai rangkaian barangan segar di Lotus's Malaysia Aman Central, Alor Setar.

“Lotus’s Malaysia juga turut memperkenalkan platform pembayaran e-dompet terbarunya iaitu melalui aplikasi TrueMoney.

"Dengan pengenalan ini, pelanggan yang memuat turun dan mendaftar kepada aplikasi ini dapat menikmati promosi yang ditawarkan sehingga akhir Disember 2023 nanti,” katanya.

Beliau berkata, antara promosi yang ditawarkan ialah melalui Spend and Win, pelanggan yang membelanjakan minimum RM50 akan layak memenangi pulangan sebanyak RM1,000 pada setiap bulan dan dua pemenang sahaja akan dipilih secara rawak pada setiap bulan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Pelbagai rangkaian barangan segar di Lotus's Malaysia Aman Central, Alor Setar.
Pelbagai rangkaian barangan segar di Lotus's Malaysia Aman Central, Alor Setar.

“Pelanggan juga boleh menikmati ganjaran 50 mata MyLotus’s untuk setiap pembelian yang berjumlah minimum RM50 setiap bulan.

“Ahli MyLotus’s yang memuat turun dan mendaftar kepada aplikasi TrueMoney pula akan menerima 100 mata MyLotus’s,” ujarnya.

Kenneth berkata, pelanggan di semua cawangan Lotus’s Malaysia juga akan menerima pulangan sebanyak RM8 setiap dua transaksi dengan jumlah perbelanjaan minimum RM38 bagi setiap pengguna bermula 15 Disember 2022 hingga 31 Januari 2023.