Sila log masuk terlebih dahulu.

Lelaki Nepal dituduh bunuh dua rakan senegara 

14 Disember 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 14 DISEMBER 2022

Seorang lelaki warga Nepal didakwa di Mahkamah Majistret, Seremban pada Rabu atas pertuduhan membunuh dua rakan senegara dalam kejadian di sebuah kedai makan di Pusat Komersial Oakland, Seremban, Negeri, Sembilan awal Disember lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Tertuduh, Thakur Prasad Bhandari berusia 37 tahun bagaimanapun hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Melayu di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang juga tidak dibenarkan diikat jamin.

Mengikut dua pertuduhan yang dibacakan berasingan tertuduh yang merupakan peniaga didakwa telah melakukan perbuatan membunuh lelaki warganegara Nepal Manoj Kumar Chaudhary berusia 35 tahun dan Krishna Kumar Damai Pariyar.

Artikel: https://bit.ly/3HuFTqa

#BeritaSemasa #SinarHarian