Sila log masuk terlebih dahulu.

Usul percaya: Tiada arahan sokong PM

13 Disember 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 13 DISEMBER 2022

Tiada arahan diberikan pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional kepada ahli Parlimen mereka supaya menyokong Perdana Menteri dalam usul undi percaya di sidang Dewan Rakyat pada 19 Disember ini.

Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, kesemua ahli Parlimen BN perlu mengikut keputusan yang telah ditetapkan parti.

Beliau juga yakin semua ahli Parlimen BN akan memberi sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan menubuhkan Kerajaan Perpaduan.

Sementara itu, Perikatan Nasional akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan strategi yang dibawakan dalam persidangan Dewan Rakyat pada 19 dan 20 Disember ini.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan bagaimanapun berkata beliau tidak akan menyokong usul percaya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Artikel: https://bit.ly/3BxNLU6

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian