Tiga lelaki ditahan terlibat kes curi lembu

Polis menahan tiga lelaki tempatan selepas disyaki terlibat berhubung kes kecurian 37 ekor lembu membabitkan empat penternak di Ladang Sungai Baru di sini, Khamis lepas. - Gambar hiasan
Polis menahan tiga lelaki tempatan selepas disyaki terlibat berhubung kes kecurian 37 ekor lembu membabitkan empat penternak di Ladang Sungai Baru di sini, Khamis lepas. - Gambar hiasan
A
A
A

REMBAU - Polis menahan tiga lelaki tempatan selepas disyaki terlibat berhubung kes kecurian 37 ekor lembu membabitkan empat penternak di Ladang Sungai Baru di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, kesemua lelaki berusia 29 hingga 38 tahun itu berjaya ditangkap oleh polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Rembau di beberapa lokasi di Melaka.

"Dalam serbuan pada Sabtu, polis turut merampas 14 ekor lembu, dua telefon bimbit dan seunit picagari.

Permohonan reman untuk siasatan lanjut ke atas suspek telah diperoleh dari Mahkamah Seremban sehingga 13 Disember ini," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Jelasnya, kes itu seterusnya disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihak polis sedang mengesan dua individu yang dipercayai dapat membantu siasatan dalam kes ini.

"Sehubungan itu orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu untuk menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Adi Irwan And Malek di talian 018-2253484 atau Pusat Kawalan IPD Rembau di talian 06-6851999," katanya.

Artikel Berkaitan: