Lebih 12,000 sertai SCORE Marathon 2022 by AIA Vitality

Peserta SCORE Marathon 2022 by AIA Vitality dilepaskan di hadapan bangunan Istana Kehakiman, Putrajaya dengan kategori 42KM bermula pada jam 3:30 pagi.
Peserta SCORE Marathon 2022 by AIA Vitality dilepaskan di hadapan bangunan Istana Kehakiman, Putrajaya dengan kategori 42KM bermula pada jam 3:30 pagi.
A
A
A

LEBIH 12,000 peserta dari dalam dan luar negara tampil pada acara larian SCORE Marathon 2022 by AIA Vitality yang berlangsung di Putrajaya pada 23 Oktober lalu.

Acara anjuran syarikat pengurusan acara sukan dan kecergasan, SCORE itu menyaksikan persaingan pelbagai kategori jarak dari 5 kilometer (KM) sehingga 42KM.

Ketua Pegawai Eksekutif SCORE Sports Management Sdn Bhd, Patricia Tan berkata, program yang dijalankan dengan tema 'Resume. Recharge. Recapture the Glory' itu turut memberikan penekanan terhadap amalan lestari dan mesra alam.

“Sepanjang acara ini, sebanyak 10,500 botol air digunakan peserta dan daripada jumlah itu, kami berjaya mengitar semula kira-kira 400 kilogram (kg) daripada sisa pepejal itu.

“Ini merupakan kejayaan yang kami perkenalkan dalam acara ini dan akan terus dilaksanakan bukan sahaja untuk acara larian ini tetapi juga acara sukan lain yang dianjurkan kami,” menurut SCORE dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Patricia berkata, sebagai penganjur acara sukan dan kecergasan terkemuka di Malaysia, syarikatnya sentiasa mencari masa yang sesuai selepas pandemik Covid-19 untuk menyambung semula penganjuran acara sukan berskala besar seperti SCORE Marathon.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran AIA Malaysia, Heng Zee Wang berkata, ketika negara dilihat berjaya memasuki fasa endemik, ia merupakan peluang terbaik untuk memastikan rakan kongsinya mencapai kehidupan yang lebih sihat.

“Gabungan bersama SCORE Marathon ini dapat menggalakkan rakyat Malaysia menikmati kehidupan yang lebih sihat, diperkayakan dan lebih memuaskan menerusi larian fizikal.

Artikel Berkaitan:

"Sebagai sebahagian daripada usaha SCORE dengan AIA Vitality untuk mendekati golongan muda Malaysia dengan menerapkan tabiat sihat, pelajar sekolah rendah dan menengah dari Lembah Klang telah diberi tiket percuma untuk larian sejak 5km," katanya.

Seramai 100 pelajar turut mengambil bahagian dalam acara larian tersebut selain peminat aktiviti kecergasan dan atlet sukan elit.

Kategori larian jarak 42KM dipertandingkan dalam acara itu juga boleh digunakan sebagai platform kelayakan bagi penyertaan ke Abbott World Marathon Majors, iaitu maraton keenam paling berprestij di dunia.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti SCORE akan datang, orang ramai boleh daftar masuk di www.score.my manakala mereka yang mahu mendapatkan maklumat mengenai penyelesaian AIA dan program AIA Vitality boleh melayari www.aia.com.my.