Sila log masuk terlebih dahulu.

Ahmad Maslan, Steven Sim dilantik timbalan menteri kewangan

09 Disember 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 9 DISEMBER 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai 27 timbalan menteri yang akan membantunya dalam kabinet Kerajaan Perpaduan.

Pelantikan itu merangkumi wakil daripada Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah dan Parti Warisan.

Datuk Seri Anwar mengehadkan hanya satu timbalan menteri untuk setiap kementerian bagi kabinet kecilnya, kecuali bagi Kementerian Kewangan manakala tiada Timbalan Menteri Agama yang dilantik.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan AhlI Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim dilantik sebagai timbalan menteri kewangan.



#BeritaSemasa #SinarHarian