Sila log masuk terlebih dahulu.

PAU tangguh ke Januari

09 Disember 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 9 DISEMBER 2022

Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 24 Disember ini ditangguhkan ke 11 hingga 14 Januari tahun depan, laporan wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira tarikh asal pada Disember bertembung dengan cuti persekolahan dan ramai yang mahu bercuti bersama keluarga.

Sebelum ini, Ahli MKT, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii memaklumkan Perhimpunan Agung UMNO kali ini tidak akan melibatkan pemilihan sebaliknya diadakan dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum seperti ditetapkan dalam pindaan Perlembagaan parti itu.

Artikel: https://bit.ly/3UN4qto

#BeritaSemasa #SinarHarian