Sila log masuk terlebih dahulu.

Annuar Musa, isteri Shahidan antara dipecat UMNO

09 Disember 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 9 DISEMBER 2022

Semalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO cetus tanda tanya selepas tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan parti itu mengenai keputusan dicapai dalam perjumpaan tersebut.

Beberapa sumber melaporkan ketetapan dicapai dalam mesyuarat itu adalah pemecatan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang dipengerusikan oleh Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut menerima nasib sama Ketua Wanita UMNO Arau, Datin Seri Shamsiah Yasin dan Ketua Wanita UMNO Maran, Datin Seri Fatimah Kassim juga dipecat.

Datin Seri Shamsiah merupakan isteri kepada Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim manakala Datin Seri Fatimah Kassim merupakan isteri kepada Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib.

Artikel: https://bit.ly/3W6rBzQ

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian