Sila log masuk terlebih dahulu.

Demi rakyat, Johor ganti 6,000km saluran paip  

08 Disember 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 8 DISEMBER 2022

Kerajaan negeri Johor menukar 6,000 kilometer saluran paip lama bawah tanah dengan paip baharu dalam usaha menyelesaikan isu gangguan bekalan air bersih yang kerap berlaku, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohd Fazli Mohd Salleh berkata, kerja menaik taraf itu dilakukan bagi menggantikan saluran paip lama jenis simen berusia lebih 30 tahun dan mudah pecah ketika penggalian bagi kerja-kerja naik taraf jalan raya dilakukan.

Oktober lalu, kira-kira 120,000 akaun pengguna di sekitar Pasir Gudang mengalami gangguan bekalan air tidak terancang susulan kejadian paip pecah ketika kerja-kerja pemasangan paip utama yang dijalankan berhampiran Persiaran Seri Alam, Masai.

Susulan itu, Johor peruntukan RM280 juta setahun untuk menggantikan saluran paip lama dan perbincangan akan diadakan bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi memohon dana tambahan.

Artikel: https://bit.ly/3h9DeY5

#BeritaSemasa #SinarHarian