Ryu Hirose akui Harimau Malaya lebih hebat

Ryu Hirose
Ryu Hirose
A
A
A

PENGENDALI Kemboja, Ryu Hirose melabel Harimau Malaya sebagai sebuah pasukan yang kuat berbanding pasukannya menjelang aksi persahabatan Tier 1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Jumaat.

Menurutnya, kekuatan dimiliki Harimau Malaya itu mampu memberikan tentangan yang baik dan dilihat sebagai lawan paling tepat buat pasukannya dalam persiapan menghadapi Piala AFF.

"Tidak kira siapa yang melatih Harimau Malaya, mereka merupakan sebuah pasukan yang bagus di Asia.

"Kami akan mengharungi perlawanan ini dan berusaha menjadi pasukan lebih baik di Asia dan ASEAN," katanya pada sidang media Pra Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Kemboja pada Khamis.

Kemboja diundi dalam kumpulan A dan dijadualkan menentang Filipina pada aksi pembukaan Piala AFF pada 20 Disember ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan pasukannya itu baru sahaja memulakan latihan susulan Liga Kemboja yang tamat minggu lalu.

Beliau turut menjelaskan, perlawanan menentang Malaysia merupakan perlawanan pemanas badan tunggal yang akan diharungi pasukannya sebelum kejohanan bermula.

"Kalau ikutkan kami ada satu lagi perlawanan persahabatan tetapi tidak menjadi kenyataan atas beberapa sebab.

Artikel Berkaitan:

"Selepas ini, kami akan pulang dan menyambung persiapan di Kemboja," katanya.