Peniaga kedai makan rugi disamun RM500,000

Muhamad Zaki Harun
Muhamad Zaki Harun
A
A
A

KUALA KRAI - Seorang peniaga kedai makan kerugian RM500,000 selepas disamun dalam kejadian di Paya Bemban, Kota Bharu pada Sabtu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, dalam kejadian jam 3 pagi itu mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 71 tahun tinggal sendirian di rumahnya.

"Ketika itu, suami mangsa tiada di rumah kerana mempunyai tugasan luar.

"Semasa kejadian dua lelaki dipercayai telah memasuki rumah mangsa melalui siling dan menyamun wang tunai bernilai RM120,000 serta barangan kemas," katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai pada Sabtu.

Beliau berkata, setakat ini polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengesan suspek terlibat.

Artikel Berkaitan: