Penyokong Samurai Biru buat kejutan di Qatar

Para penyokong Jepun menerima bunga dan hadiah peringatan sempena majlis anugerah di Doha pada Khamis. - Foto AGENSI
Para penyokong Jepun menerima bunga dan hadiah peringatan sempena majlis anugerah di Doha pada Khamis. - Foto AGENSI
A
A
A

DI sebalik jaringan Ritsu Doan pada minit ke-48' diikuti Ao Tanaka (51') ketika Jepun menjadi tumpuan komuniti bola sepak dunia pada Jumaat apabila mengejutkan gergasi dunia Sepanyol, 2-1 seterusnya mengesahkan slot kelompok 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022.

Terdapat lagi satu kisah menarik mengenai kehadiran para penyokong Samurai Biru beberapa minggu sebelum itu apabila pemain ke-12 tersebut menerima anugerah daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kerana mengutip sampah di stadium selepas kemenangan menakjubkan 2-1 ke atas Jerman dalam perlawanan pembukaan Kumpulan E Piala Dunia Qatar 2022 di Doha pada Stadium Antarabangsa Khalifa, 23 November lalu.

Selepas perlawanan Qatar-Ecuador yang memulakan kejohanan pada 20 November, penyokong Jepun mengisi kira-kira 20 beg 45 liter dengan botol plastik kosong, kotak dan jenis sampah lain.

Malah para sukarelawan Qatar 2022 semasa perlawanan Jepun-Jerman memuji usaha para penyokong Samurai Blue yang teliti, yang malah menerima ucapan terima kasih melalui sistem siaraya.

Seorang pegawai jawatankuasa penganjur Piala Dunia telah mengambil inisiatif merakamkan penghargaan atas tindakan penyokong Jepun pada majlis anugerah di Doha berharap sekiranya para penyokong Samurai Biru itu dikongsi dalam kalangan rakyat Qatar dan negara lain.

Malah pegawai itu berkata, para penyokong Maghribi dan Tunisia juga telah mengutip sampah di stadium, diilhamkan oleh penyokong Jepun.

Pelajar universiti berusia 22 tahun dari Minami-Soma, Prefektur Fukushima, yang mengutip sampah pada perlawanan pembukaan kejohanan dan permainan Jepun-Jerman, menerima bunga dan hadiah peringatan daripada FIFA.

Artikel Berkaitan:

Penyokong Samurai Biru mengutip sampah selepas perlawanan Jepun-Jerman di Doha pada 23 November lalu.
Penyokong Samurai Biru mengutip sampah selepas perlawanan Jepun-Jerman di Doha pada 23 November lalu.

"Saya berasa pelik menerima anugerah kerana tidak melakukan apa-apa yang istimewa.

"Ia sebahagian daripada budaya Jepun, dan saya mahu menyebarkannya ke seluruh dunia," kata pelajar itu.

Untuk rekod rakyat Jepun merupakan masyarakat yang sangat menitikberatkan mengenai kebersihan dalam pelbagai hal tidak hanya dalam negara tetapi juga luar negara.

Jepun sebelum ini menyingkap kempen pusingan akhir Piala Dunia dengan mengejutkan gergasi Jerman, 2-1 di Stadium Antarabangsa Khalifa pada 23 November lalu.

Namun selepas itu Samurai Biru dikejutkan kekalahan tipis 0-1 kepada Costa Rica hasil jaringan Keysher Fuller pada minit ke-81di Stadium Ahmad bin Ali pada 27 November lalu.

Kejayaan mengejutkan La Roja menyaksikan Samurai Biru mengesahkan slot ke pusingan 16 terbaik sekali gus mengulangi pencapaian edisi Rusia 2018 apabila berada di belakang Colombia di dalam Kumpulan H sebelum ini.

Edisi Rusia 2018, cabaran Jepun terhenti di pusingan 16 terbaik selepas dijinakkan 2-3 pasukan generasi emas Belgium dalam perlawanan di Rostov Arena.