Sila log masuk terlebih dahulu.

Penduduk Rantau Panjang bina PPS sendiri hadapi banjir

02 Disember 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 2 DISEMBER 2022

Penduduk di Kampung Tasek Bakong, Rantau Panjang, Kelantan membina sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) sendiri untuk menghadapi banjir pada musim tengkujuh ini, lapor Wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin

PPS yang hanya dilengkapi atap zink dan berlantaikan tanah serta kemudahan air daripada sebuah perigi itu dibina secara bergotong-royong oleh penduduk dan dijangka dapat memuatkan sebanyak 20 keluarga.

Mereka terpaksa berbuat demikian kerana 'trauma' dengan kejadian yang berlaku pada musim banjir November lalu apabila dua PPS yang sentiasa dihuni sebelum ini penuh sehingga tidak dapat menampung mangsa banjir yang ramai.

Artikel: https://bit.ly/3XQ0Npm

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa