Sila log masuk terlebih dahulu.

Penduduk Pengerang ‘stress’ bunyi bising, udara tercemar

30 November 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 30 NOVEMBER 2022

Penduduk Kampung Lepau, Pengerang, Johor memohon pihak berwajib bantu tangani permasalahan bunyi bising termasuk pencemaran udara yang dipercayai berlaku akibat aktiviti pelepasan gas daripada Rapid Pengerang, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Tinjauan Sinar Harian di kawasan berkenaan pada Selasa mendapati jarak yang terlalu hampir dengan kampung berkenaan antara punca bunyi letusan gas dapat didengari dengan jelas hampir setiap masa.

Justeru penduduk setempat mahu agar perkara berkenaan dapat ditangani demi kebaikan bersama.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa