Ochoa tekad kekalkan aksi cemerlang berdepan Argentina

Ochoa
Ochoa
A
A
A

PENJAGA gol Mexico, Guillermo Ochoa tekad untuk sekali lagi mempamerkan aksicemerlang ketika bertemu Argentina pada aksi kedua Kumpulan C awal pagi Ahad.

Ochoa yang beraksi cemerlang ketika seri menentang Poland tempoh hari, berhasrat untuk menyekat magis Messi meskipun mengakui ia bukanlah satu tugas yang mudah.

“Kami sedia bersaing. Messi mempunyai magis. Dia mampu mengatasi masalah dan mengubah keputusan dalam masa seminit.

"Ia pastinya cabaran menarik, mungkin sukar tetapi tiada yang lebih menarik daripada menyekat Messi di Piala Dunia," kata penjaga gol berusia 37 tahun itu pada Khamis.

Tambah kapten Mexico itu lagi, dia mengakui Piala Dunia adalah pentas untuknya menguji kemampuannya berdepan pemain terbaik.

"Saya tak suka dengar alasan bahawa kami tak mahu menentang mana-mana pasukan keranan mereka hebat. Sebaliknya, saya mahu tampil cemerlang menewaskan mereka," kata Ochoa.

Untuk rekod, Ochoa yang tampil buat kali kelima di Piala Dunia muncul wira Mexico pada Rabu selepas menyelamatkan sepakan penalti penyerang Poland, Robert Lewandowski bagi membolehkan pasukannya seri dalam aksi pertama Kumpulan C di Qatar.

Selepas berdepan Argentina, Mexico menentang pendahulu kumpulan Arab Saudi awal pagi Khamis minggu depan.

Artikel Berkaitan: