Sila log masuk terlebih dahulu.

Anwar pelawa PN, sertai kerajaan perpaduan

24 November 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

Anwar pelawa PN, sertai kerajaan perpaduan

BERITA SEMASA 24 NOVEMBER 2022

Perdana Menteri yang baharu dilantik, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan penyertaan Perikatan Nasional dan parti lain menyertai kerajaan perpaduan, lapor wartawan sinar Harian Raiham Mohd Sanusi.

Datuk Seri Anwar yang juga Presiden PH berkata, beliau bersedia menerima penyertaan parti-parti lain bagi menyatukan negara.

Datuk Seri Anwar selesai mengangkat sumpah di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di ibu negara, jam 5.30 petang.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu, disempurnakan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Artikel: https://bit.ly/3ONECfD

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#sinarharian #beritasemasa #PRU15 #perdanamenteri