Sila log masuk terlebih dahulu.

PASCA PRU15: Ahli UMNO masih sayang Zahid

24 November 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

PASCA PRU15: Ahli UMNO masih sayang Zahid

BERITA SEMASA 24 NOVEMBER 2022

Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi hadir ke WTC, Kuala Lumpur, untuk bertemu Ketua-ketua bahagian parti yang masih menyokong kepimpinan beliau, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Haris Fadli Mohd Fadzilm.

Lebih 100 ahli UMNO berhimpun secara aman di hadapan Menara Dato' Onn bagi menyatakan solidariti kepada Presiden UMNO itu.

Semalam, tindakan saat akhir 10 Ahli Parlimen BN menarik balik perakuan bersumpah (SD) sokongan mereka kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyebabkan Pengerusi Perikatan Nasional itu hilang majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Mereka berbuat demikian selepas diarah kepemimpinan parti, susulan pertemuan di antara Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Artikel: https://bit.ly/3V7xCMM

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#sinarharian #beritasemasa