Sila log masuk terlebih dahulu.

PASCA PRU15: Negeri Sembilan bubar DUN tahun depan

23 November 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

PASCA PRU15: Negeri Sembilan bubar DUN tahun depan

BERITA SEMASA 23 NOVEMBER 2022

Negeri Sembilan sekali lagi mengulangi pendiriannya yang hanya akan membubarkan Dewan Undangan Negeri dengan dua negeri lain di bawah kerajaan Pakatan Harapan secara serentak pada tahun hadapan dijangka selepas habis penggal, lapor wartawan Sinar Harian Norafidah Assan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pembubaran akan dilakukan sehingga habis penggal iaitu pada Jun tahun 2023.

Media sebelum ini melaporkan DUN Negeri Sembilan kekal tidak dibubarkan selepas mengambil kira keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan sebelum ini yang tidak membubarkan DUN Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan jika PRU15 diadakan tahun ini.

Artikel: https://bit.ly/3U2NYoH

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#sinarharian #beritasemasa