Sila log masuk terlebih dahulu.

PASCA PRU15: Belum ada keputusan Agong mengenai pelantikan PM - Abang Johari

23 November 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 23 NOVEMBER 2022

Belum ada sebarang keputusan daripada Yang Dipertuan Agong berhubung pelantikan Perdana Menteri baharu setakat jam 4.30 petang ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kepada media ketika ditemui hari ini.

Beliau berkata demikian setelah perjumpaan Abang Johari dengan Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dato Sri Fadillah Yusof di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) sekitar jam 3.30 petang ini.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15