Sila log masuk terlebih dahulu.

Cikgu memandu mengaku tak bersalah terima rasuah

22 November 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 22 NOVEMBER 2022

Seorang tenaga pengajar di sebuah institut memandu di Johor Bahru mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan rasuah terhadapnya di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor pada Selasa, laporan wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Tertuduh yang berusia 53 tahun itu membuat pengakuan berkenan di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail setelah pertuduhan dibacakan kepadanya.

Hakim kemudiannya turut memutuskankan tarikh sebutan kes pada 12 Disember dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 selain passport antarabangsanya perlu diserahkan kepada mahkamah sehingga urusan kes berkenaan selesai.

Artikel: https://bit.ly/3Vjepaw

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa