Penuntut UM lemas ketika mandi sungai

Mayat mangsa dibawa naik oleh pasukan bomba. Foto: Bomba Selangor
Mayat mangsa dibawa naik oleh pasukan bomba. Foto: Bomba Selangor
A
A
A

HULU LANGAT - Keseronakan lapan rakan beriadah dan mandi-manda di sungai di Kampung Sungai Semungkis di sini bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas.

Dalam kejadian jam 11.41 pagi, mangsa, Hussain Hakimi Ridzuan, 22, dipercayai lemas akibat arus deras sebelum ditemui di celah batu di lokasi kejadian.

Difahamkan, mangsa yang juga penuntut Universiti Malaya (UM) datang beriadah di lokasi berkenaan bersama tujuh rakannya kira-kira jam 10 pagi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melibatkan mangsa lemas pada jam 11.14 pagi sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn dikejarkan ke lokasi.

"Mangsa dipercayai lemas akibat arus deras sebelum ditemui di celah batu di lokasi kejadian.

"Mayat disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya pada Isnin.

Artikel Berkaitan: