Sila log masuk terlebih dahulu.

PRU15: 'Tsunami' politik punca Warisan hilang banyak kerusi

20 November 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

PRU15: 'Tsunami' politik punca Warisan hilang banyak kerusi

BERITA SEMASA 20 NOVEMBER 2022

Kehilangan enam kerusi Warisan termasuk di Labuan pada PRU15 dipercayai akibat daripada gerakan 'tsunami' politik yang melanda di negara ini, lapor wartawan Asyikin Asmin.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, Warisan menerima keputusan rakyat dan mereka tidak boleh menidakkan kemahuan pengundi yang telah melaksanakan tanggungjawab memilih wakil rakyat dikehendaki.

Mengulas mengenai sokongan yang akan diberikan kepada mana-mana pihak untuk membentuk kerajaan, beliau menegaskan, kepentingan untuk negeri Sabah harus diutamakan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Beliau berkata demikian di Ibu Pejabat Warisan di Kolombong, Kota Kinabalu.

Artikel: https://bit.ly/3GvZEwP

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #pru15