SPR sembah keputusan PRU15 kepada Sultan Perak

Kenderaan membawa Pengarah SPR Perak, Mohd Nazri Ismail ketika tiba di Istana Kinta pada Ahad.
Kenderaan membawa Pengarah SPR Perak, Mohd Nazri Ismail ketika tiba di Istana Kinta pada Ahad.
A
A
A

IPOH - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini pada Ahad.

Sembah menghadap yang berlangsung kira-kira satu jam itu bagi mempersembahkan keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Kenderaan membawa Pengarah SPR Perak, Mohd Nazri Ismail dilihat tiba di Istana Kinta pada jam 10.23 pagi dan meninggalkan pekarangan pada jam 11.25 pagi.

Perak mempunyai 24 kawasan Parlimen dan 59 kerusi DUN.

Pada PRU15 ini, Perikatan Nasional (PN) berjaya memenangi 26 kerusi DUN, Pakatan Harapan (PH) mendapat 24 kerusi dan BN (9 kerusi).

Keputusan itu menyaksikan tiada mana-mana gabungan parti yang memperoleh majoriti mudah iaitu 30 kerusi bagi membentuk kerajaan.

Menurut data SPR, sehingga 9 Oktober, seramai 2,036,872 orang telah mendaftar sebagai pengundi di Perak.

Daripada jumlah itu 2,005,362 adalah pemilih biasa, tentera dan pasangan (19,076), polis dan pasangan (12,215) serta pemilih luar negara (219).

Artikel Berkaitan: