Kedai makan laris penangan PRU15

Restoran sesak dengan kehadiran orang ramai penangan mengundi pada Sabtu. (Gambar kecil: Khairul Amin)
Restoran sesak dengan kehadiran orang ramai penangan mengundi pada Sabtu. (Gambar kecil: Khairul Amin)
A
A
A

BERA - "Pelanggan tidak henti-henti masuk sejak jam 10 pagi tadi dan banyak makanan seperti ayam sudah habis selepas beberapa jam," kata pemilik restoran Tasik Bera Station (TBS), Khairul Amin Mohd Tahir,46.

Itu penangan sempena hari pembuangan undi pada Sabtu yang menyaksikan orang ramai tidak melepaskan peluang menjamu selera bersama ahli keluarga atau rakan selepas selesai menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Bagi Khairul, situasi memberangsangkan itu berlarutan sejak Khamis lalu dan gembira kerana restorannya sesak dikunjungi orang ramai.

"Hari ini sahaja 35 ekor ayam telah habis pada jam 2 petang tapi tak dapat tambah lagi sebab pekerja terlibat sudah pergi membuang undi.

"Sebenarnya tak jangka sampai begini tapi situasi ini juga disebabkan faktor cuti umum yang diberikan," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Ujar Khairul, suasana pengundian pada kali ini juga disifatkan luar biasa antaranya lalu lintas turut sesak berbanding sebelumnya.

"Saya pun tak dapat lagi membuang undi, dua kali pergi tapi ramai sangat mungkin selepas jam 5 petang ini datang lagi ke Pusat Pembuangan Undi," jelas Khairul.