8 rakyat Malaysia antara 16 terhidu asap tebal

Keadaan hotel enam tingkat yang terbakar di Sadao, Songkhla, selatan Thailand.
Keadaan hotel enam tingkat yang terbakar di Sadao, Songkhla, selatan Thailand.
A
A
A

BANGKOK - Seramai 16 pelancong termasuk lapan rakyat Malaysia mengalami sesak nafas kerana terhidu asap tebal dalam kebakaran sebuah hotel enam tingkat di Sadao, Songkhla, selatan Thailand, hari ini.

Dalam kejadian jam 8.25 pagi (waktu tempatan) itu, kesemua mangsa yang bercuti di wilayah itu sempena sambutan Songkran berjaya menyelamatkan diri ​​​​​​​dengan keluar ke balkoni bilik dan tingkap bangunan sebelum diselamatkan oleh orang ramai.

Timbalan Ketua Polis Sadao, Lt, Kol. Winai Sakeeyasatien, ketika dihubungi Bernama berkata, lapan rakyat Malaysia termasuk seorang wanita, kesemua berusia antara 24 dan 58 tahun, dihantar ke tiga hospital untuk menerima rawatan.

Keadaan hotel enam tingkat yang terbakar di Sadao, Songkhla, selatan Thailand.
Keadaan hotel enam tingkat yang terbakar di Sadao, Songkhla, selatan Thailand.

Bagaimanapun, katanya, lima daripada mereka dibenarkan pulang selepas menerima rawatan pesakit luar manakala tiga lagi masih meneruskan rawatan.

Beliau berkata, ketika kejadian, seramai 30 pelanggan menghuni hotel 200 bilik itu.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: