Sila log masuk terlebih dahulu.

PRU15: Ahmad Jazlan salah guna kuasa?

17 November 2022 | VIDEO
A
A
A
BERITA SEMASA 17 NOVEMBER 2022

Calon BN Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menjelaskan dakwaan salah guna kuasa semasa menjadi Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang disebarkan oleh sebuah portal adalah fitnah, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Beliau menangkis dakwaan tersebut selepas Perikatan Nasional Machang tampil membuat aduan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Machang pada Khamis yang meminta Pengerusi BN Kelantan itu disiasat.

Sebelum ini, PN Machang mahu polis melakukan siasatan ke atas calon BN Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berhubung satu kenyataan artikel berkait salah guna kuasa melibatkan tokoh berkenaan bernilai RM2.2 juta.

Artikel: https://bit.ly/3Anb02u

#BeritaSemasa #SinarHarian