Perlumbaan S1K kembali hangatkan Sepang

Perlumbaan S1K akan menghangatkan SIC selama tiga hari bermula Khamis. Foto Agensi
Perlumbaan S1K akan menghangatkan SIC selama tiga hari bermula Khamis. Foto Agensi
A
A
A
BAHANG perlumbaan Sepang Endurance 1,000 kilometer (S1K) kian hampir dengan penyertaan sejumlah 77 kenderaan hebat selama tiga hari bermula pada Khamis.

Berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) edisi ke-14 itu kembali sebagai penutup acara perlumbaan bagi kalendar tahun ini.

Edisi kali ini akan melibatkan persaingan dalam dua kategori iaitu kelas M Production dan S Production untuk kereta keluaran bawah 1,600cc.

Dianjurkan oleh SIC, perlumbaan itu akan disertai pelumba dari negara jiran seperti Singapura dan Indonesia.

"Beberapa perubahan dilakukan pada edisi tahun ini. Latihan bebas akan diadakan pada Khamis dan sesi kelayakan akan diadakan pada Jumaat.

"Perlumbaan pada Ahad akan bermula jama 9.30 pagi dan berakhir pada 6.30 petang dengan jumlah 181 pusingan," kata SIC dalam satu kenyataan pada Selasa.

Bagi 2021, pemenang bagi kategori M Production ialah Leona Chin, Mohd Nasri Md Said, Tham Yik Choon dan Akina Teo daripada pasukan Privateer.

Naib juara pula diraih Yee Kok Jun, Mah Siew Chean, Foo Yung Chieh dan Aaron Lim Say Joon dari Tedco Racing dan tempat ketiga daripada pasukan Wing Hin Motorsports, Hayden Haikal dan Timothy Yeo Renquan.

Pemenang bagi kategori S Production adalah daripada R Engineering yang diwakili Lai Wee Sing dan Calvin Damian Wong.
Artikel Berkaitan:


Tempat kedua juga dari R Engineering bersama pemandu mereka, Chow Teck Song dan Putera Adam, manakala pasukan Privateer, Pee Sau Fan, Ian Wong Jien Sern dan Baron Sim Kwong Teck mendapat tempat ketiga.

S1K dianjurkan oleh SIC, disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM).