Sila log masuk terlebih dahulu.

22,689 polis, tentera di Johor undi awal, esok

14 November 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 14 NOVEMBER 2022

Seramai 22,689 individu yang terdiri daripada anggota PDRM, ATM dan pasangan akan mengundi awal dalam PRU15 di Johor, pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata daripada jumlah itu seramai 11,544 orang merupakan warga PDRM Johor.

Jelasnya, sebanyak 63 pusat mengundi dengan 86 saluran akan disediakan termasuk di Dewan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, dewan-dewan ibu pejabat polis daerah, kem Pasukan Gerakan Am dan kem tentera.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15