Sila log masuk terlebih dahulu.

Jamil Khir sifatkan pelaku simbah cat 'mudah koyak'

14 November 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 14 NOVEMBER 2022

Calon BN Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak terkesan dengan provokasi posternya yang disimbah cat hitam di simpang empat Jalan Pulau Bunting, Yan, Kedah pada malam Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Hafiz Wan Mansor.

Menurutnya, tindakan yang melampau itu sebahagian daripada asam garam politik yang mungkin individu tersebut tidak tahan dengan tekanan sepanjang tempoh sembilan hari kempen PRU15.

Memandangkan beliau telah bertanding dalam PRU sudah tiga kali jadi faham kadang-kadang bila ada pihak tidak tahan tekanan atau 'mudah koyak'.

Artikel: https://bit.ly/3E6akQ5

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15