Rakyat AS 'mengamuk' ditahan ketika mengerjakan umrah

Jemaah yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah. -Foto: AFP
Jemaah yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah. -Foto: AFP
A
A
A

DUBAI - Seorang rakyat Amerika Syarikat (AS) ditahan di Arab Saudi selepas berselisih faham dengan pegawai keselamatan semasa mengerjakan umrah.

Anggota keluarga, Abdallah Moughini berkata, bahawa Mohamad Salem ditahan pada 1 November lalu dan telah dipindahkan ke kemudahan keselamatan maksimum yang biasa digunakan untuk tahanan ahli politik berprofil tinggi serta anggota pengganas.

Mohamad termasuk beberapa rakyat AS yang pernah bergelut dengan pihak berkuasa Arab Saudi, di tengah-tengah ketegangan kemuncak antara kedua-dua negara berhubung bekalan minyak global.

Mohamad, 63, yang berasal dari Yemen mengerjakan umrah bersama dua anak lelakinya di Masjidil Haram.

Kemudian, terdapat dua lelaki mendekatinya yang mengatakan Mohamad dari Libya dan menanyakan apa yang berlaku.

"Pada ketika itu, Mohammad menjadi marah dan berkata jika ini bukan Makkah dan Madinah, dia tentu akan membakar negara itu," kata Abdallah.

Namun, kedua-dua lelaki yang dimarahi Mohamad adalah pasukan keselamatan Arab Saudi yang menyamar dan mereka menahannya untuk melakukan sisatan lanjut.

Sementara itu, pegawai Arab Saudi dan kedutaan AS tidak mengeluarkan komen mengenai insiden terbabit.

Artikel Berkaitan:

Abdallah menambah, pihak kedutaan telah menyedikan senarai peguam kepada keluarga Mohamad dan setakat ini tidak pihak bersetuju mengambil kes itu.

Saudara mara Mohamad tidak mengetahui sama ada dia telah didakwa atau sebaliknya. - AFP