Sila log masuk terlebih dahulu.

Mangsa banjir di Meru, Johan Setia Klang mula pulang

13 November 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
MOJO LIVE 13 NOVEMBER 2022

Tinjauan keadaan semasa banjir di PPS Masjid Kampung Johan Setia, Klang, Selangor, lapor wartawan Sinar Harian, Izwan Rozlin.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Klang, Shahman Jalaludin berkata, hanya tinggal dua pusat pemindahan sementara masih dibuka di Meru dan Johan Setia dan sebuah lagi PPS di Sekolah Rendah Agama Pekan Meru telah ditutup pada Ahad.

Setakat jam 1 petang Ahad, seramai 225 mangsa terdiri daripada 46 keluarga masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, Meru manakala 36 mangsa dari sembilan keluarga masih ditempatkan di PPS Masjid Kampung Johan Setia.

Menurutnya, PPS Sekolah Kebangsaan Johan Setia yang sebelum ini menempatkan kira-kira 600 orang mangsa sejak Rabu lalu telah berkurangan berikutan sebahagian besar mereka telah pulang ke rumah masing-masing.

Artikel: https://bit.ly/3UQq9RB

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa