Sila log masuk terlebih dahulu.

Rasuah di Malaysia serius, libat semua pentadbiran

12 November 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

Rasuah di Malaysia serius, libat semua pentadbiran

BERITA SEMASA 12 NOVEMBER 2022

Calon Pakatan Harapan, Parlimen Segambut, Hannah Yeoh mendakwa rasuah di Malaysia berada pada tahap serius dalam semua lapisan pentadbiran malah telah menjadi cara hidup kepada mereka yang mengamalkannya, lapor wartawan Sinar Harian, Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid.

Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, pihaknya mahu agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi organisasi yang kuat, mempunyai kuasa mengambil tindakan dan adil dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

Beliau juga mahukan SPRM melaporkan akautabiliti kepada Parlimen dan bukannya kepada Perdana Menteri atau Kabinet.

#BeritaSemasa #SinarHarian