Sila log masuk terlebih dahulu.

Banjir surut, penduduk bersih rumah

12 November 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 12 NOVEMBER 2022

Tinjauan kerosakan harta benda akibat banjir di Taman Seri Puteri, Meru, Selangor, lapor wartawan Sinar Harian, Ros Khoirah Yahya.

Penduduk Taman Seri Puteri, Meru mengakui buntu dan tertekan apabila terpaksa berdepan dengan kerugian akibat kerosakan harta benda.

Menurut mereka, saban tahun situasi sama berulang ekoran kawasan tersebut kerap dilanda banjir.

Mereka memberitahu sudah letih menghadapi situasi tersebut memandangkan banjir bukan hanya berlaku setahun sekali namun dua atau tiga kali pasti kawasan itu dipenuhi air dan merosakan harta benda mereka.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3JOv01i

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa