Maguire bek tengah terbaik England

Maguire
Maguire
A
A
A

PENGENDALI England, Gareth Southgate mengakui pemain Manchester United, Harry Maguire merupakan salah seorang bek tengah terbaik England.

Menurut Southgate, pengalaman yang dimiliki Maguire beraksi dalam beberapa kejohanan utama dilihat akan banyak membantu beliau dalam memperkukuhkan lagi barisan pertahanan England.

“Dia adalah salah seorang bek tengah terbaik kami. Saya berpendapat, kami mempunyai ramai pemain yang pernah ke kejohanan utama, namun tidak semua antara mereka telah beraksi dalam perlawanan penting serta mengetahui apa yang diperlukan.

“Kami telah memilih pertahanan kami yang lebih berpengalaman. Buat masa ini, mereka yang lebih muda mempunyai beberapa kualiti yang sangat baik.

“Tetapi kami tidak fikir mereka telah melakukan yang secukupnya untuk mengatasi pemain yang lebih berpengalaman. Dengan kejohanan yang akan kami hadapi dan tahap perlawanan dalam Piala Dunia nanti, pengalaman menjadi pilihan utama,” katanya.

Sebelum ini, Maguire berada dalam senarai akhir pemain yang akan dibawa Southgate bagi menghadapi Piala Dunia Qatar 2022.

Bagaimanapun tindakan Southgate itu dipersoalkan oleh ramai peminat Three Lions susulan prestasi yang kurang baik ditampilkan Maguire pada musim ini.

Artikel Berkaitan: