Sila log masuk terlebih dahulu.

Mat Sabu meluat cakap isu rasuah

09 November 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

Mat Sabu meluat cakap isu rasuah

BERITA SEMASA 9 NOVEMBER 2022

Calon Pakatan Harapan bagi Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu berkata beliau amat meluat apabila bercakap soal rasuah, lapor wartawan Sinar Harian, Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid.

Presiden Amanah itu menambah, namun beliau tidak berputus asa dalam usaha membanteras rasuah sambil menyifatkan perjuangan ini seharusnya tidak bersifat 'bebal'.

Menurutnya lagi, isu rasuah ini seringkali menjadi tajuk utama ucapannya dalam setiap ceramah dan kempen parti.

Pada masa sama beliau mengambil contoh Indonesia yang suatu ketika dahulu antara negara yang 'kuat' rasuah tetapi disebabkan keazaman pemimpinnya dalam membanteras perkara berkenaan, negara itu sedang menjadi kuasa ekonomi hebat suatu hari nanti.

Artikel:https://bit.ly/3EhWFH5

#BeritaSemasa #SinarHarian