Sila log masuk terlebih dahulu.

Beri peluang khidmat untuk Bentong: Rara

10 November 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 10 NOVEMBER 2022

Sebut sahaja nama Rara, figura politik atau nama sebenarnya Young Syefura Othman amat popular di kalangan penduduk di Parlimen Bentong.

Biarpun baharu satu penggal mengalas tanggungjawab sebagai ADUN Ketari, ternyata beliau yang mesra disapa YB Rara menerima maklum balas positif daripada pengundi kawasan itu yang menyifatkan beliau seorang yang rajin turun padang dan mudah memberikan kerjasama.

Berbekalkan pengalaman dan maklum balas positif itu membuatkan DAP mempertaruhkan wanita besi kelahiran Perak tersebut untuk bertanding di kerusi Parlimen Bentong pada PRU15.

Artikel: https://bit.ly/3TpFlEb

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15 #ParlimenBentong #Bentong #Rara #YoungSyefuraOthman #PH #advertorial