Qatar 2022: England terlepas khidmat James

Reece James
Reece James
A
A
A

PEMAIN pertahanan kanan England, Reece James akan terlepas aksi Piala Dunia 2022 di Qatar apabila mengalami kecederaan lutut, lapor media Britain pada Rabu, sehari sebelum Gareth Southgate menamakan angkatan 26 pemain untuk kejohanan itu.

Pemain pertahanan berusia 22 tahun itu, yang mempunyai 15 caps, mengalami kecederaan ketika menyarung seragam Chelsea menentang AC Milan dalam Liga Juara-Juara bulan lalu.

Dalam sidang akhbar pada Selasa, pengurus Chelsea, Graham Potter berkata, James hanya mengambil bahagian dalam latihan ringan.

"Tiada keajaiban malangnya, namun dia sedang menjalani proses pemulihan dengan baik.

"Reece berada di luar hari ini, berjoging sedikit, tetapi tiada apa-apa untuk dilaporkan dari segi perkara lain," katanya ketika memaklumkan perkembangan terkini mengenai pemulihan James.

Untuk rekod, England membuka kempen Piala Dunia menentang Iran pada 21 November.

Artikel Berkaitan: